fb fb fb fb fb

Agong beri perkenan enam akta diluluskan Parlimen

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Februari-Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan enam akta diluluskan pada Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang lalu.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, antara akta yang diperkenan baginda  Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025

"Kedua Akta Perkongsian Data 2025 , Ketiga, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025; Kempat,  Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025; Kelima  Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan)(Pindaan) 2025; dan Keenam Akta Pemegang Amanah (Pindaan)", katanya demikian pada sesi pemasyhuran di Dewan Rakyat hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD