fb fb fb fb fb

Agensi wilayah capai usia 50 tahun perlu tampil kelainan- Mahdzir Khalid


KOTA TINGGI, 17 Februari
- Semua agensi wilayah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang telah mencapai usia 50 tahun, disaran merangka strategi baharu sekali gus melakukan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata agensi wilayah seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) contohnya, perlu mencari idea-idea baharu untuk dilaksanakan dalam kawasan masing-masing seperti memberikan fokus dalam menambah baik capaian internet.

“Sekarang ini kita lihat, dari segi capaian internet di sesuatu wilayah itu, ia berada di tahap mana? Itu mungkin boleh jadi salah satu fokus kita. Dulu kita fokus buat rumah, tetapi sekarang banyak permintaan mengenai 'connectivity'.

"Semua agensi wilayah dah capai usia 50 tahun dah sudah sampai masa mereka fikirkan apakah pelan untuk 50 tahun seterusnya," katanya pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke wilayah KEJORA di Kota Tinggi.

Justeru katanya sesi pemukiman agensi-agensi wilayah dan kementerian perlu diadakan bagi mencambah idea sekali gus membuat perancangan secara bersama.

Media Baharu