fb fb fb fb fb

Agensi berita berperanan pastikan tohmahan, fitnah tidak berlarutan - Fahmi

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 21 September - Agensi berita kerajaan perlu terus bekerjasama dalam menangkis tohmahan serta fitnah yang memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan ia termasuklah dengan memberi penjelasan serta mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan tohmahan tersebut tidak berlarutan.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"Warga KKD terutamanya menjadi antara barisan hadapan untuk menangkis fitnah dan memperbetulkan maklumat yang tidak tepat ataupun tidak betul dalam media sosial dan juga media arus perdana.

"Yang penting sebarang maklumat yang tidak betul perlu kita jawab secara tuntas dengan pantas dan disebar dengan meluas supaya tidak berlaku salah faham yang berpanjangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mebghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital, di sini.

Tambah Fahmi, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Jabatan Penerangan (JaPen) antara yang memainkan peranan penting selain menjadi barisan hadapan membantu kerajaan menangkis fitnah atau maklumat yang tidak tepat.

Media Baharu