(FOTO JBPM)
MIRI, 21 September- Sebuah bangunan blok Tadika Sekolah Jenis Kebangsaan, SJK Tukau, Jalan Bakam Miri terbakar pagi tadi. Walaubagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
Ketua Bahagian Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.18 pagi.
Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri telah di arah ke lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan bangunan satu tingkat struktur kekal.
Anggota bomba bertindak memadamkan api dan kebakaran berjaya dikawal pukul 7.25 pagi.
Kebakaran itu telah menyebabkan 50% dari bangunan tadika itu musnah.
Punca kebakaran dan kerugian masih disiasat.
(FOTO JBPM)