fb fb fb fb fb

Aedy Fadly, Ketua Pengarah JPJ yang baharu

Foto FB JPJ

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Aedy Fadly Ramli dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Aedy Fadly mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Bandar), Universiti Teknologi Berlin di Jerman.

JPJ menerusi kenyataan berkata Aedy Fadly berpengalaman dalam perancangan strategik dasar, isu dan sistem berkaitan pengangkutan jalan serta perancangan operasi JPJ semasa jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Malaysia bermula tahun 2021.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan di Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Setiausaha Bahagian Perolehan dan Aset di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pelbagai agensi kerajaan Persekutuan.

Pengurusan tertinggi agensi juga yakin bahawa pelantikan Aedy itua akan terus memacu kecemerlangan jabatan tersebut dalam menggalas amanah negara sebagai agensi utama yang mengawal selia hal ehwal pengangkutan jalan di negara ini.

Warga cemerlang JPJ turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Aedy Fadly atas pelantikan tersebut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM