fb fb fb fb fb

89 warga asing ditahan sekitar Johor

Warga asing diberkas menerusi pelbagai operasi di beberapa daerah di Johor

JOHOR, 13 Mei- Seramai 89 warga asing diberkas menerusi pelbagai operasi di beberapa daerah di Johor dari 6 Mei hingga semalam kata Pemangku Pengarah Imigresen Johor Mohd Faizal Shamsudin.

49 individu ditangkap dari 6 hingga 8 Mei lalu melibatkan tiga daerah di Batu Pahat, Muar, Mersing dan Segamat.

Tangkapan itu melibatkan 39 lelaki dan 10 wanita dari pelbagai negara berusia 19 hingga 48 tahun.

Manakala 40 lagi diberkas semalam melibatkan operasi di 19 premis di Gelang patah, Johor Bahru.

Kesemua yang ditahan melibatkan 27 lelaki warga Bangladesh, India (tujuh), Nepal (tiga), Pakistan (dua) dan China (seorang) berusia antara 19 hingga 42 tahun.

Kebanyakan mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) akta imigresen 1959/63.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI