fb fb fb fb fb

86 pemimpin mahasiswa UUM terima sijil TOEIC

(FOTO UUM)

SINTOK, 23 Jun- Seramai 86 pemimpin mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima sijil keputusan ujian Test of English for International Communication (TOEIC).

Sijil membolehkan mereka lebih mudah untuk mendapat peluang perkerjaan di dalam dan luar negara serta bekerja dengan syarikat antarabangsa.

UUM merupakan universiti awam pertama yang mengambil pelajar untuk menduduki ujian TOEIC bagi melatih mereka menggunakan Bahasa Inggeris dalam dunia pekerjaan.

Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr Kamarul Azman Khamis berkata sijil berkenaan amat penting kerana akan dapat membantu pelajar universiti itu untuk mempercepatkan proses mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

(Dr Kamarul Azman Khamis/Foto UUM)

Sijil juga dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar kerana mereka sudah bersedia berkomunikasi di peringkat antarabangsa.

"Keputusan ujian ini diperolehi berlainan dengan ujian-ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang sedia ada kerana tumpuan ujian ini bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan lebih baik serta menjurus kepada sektor perkerjaan.

"Penguasaan pembelajaran dan teknik dalam berkomunikasi ini sangat berguna kepada individu ketika mereka di alam pekerjaan nanti.

"Purata markah keseluruhan pelajar UUM dalam ujian ini mencapai 820 point daripada 990 point bagi markah keseluruhan ujian ini.

"Di Malaysia, secara umumnya purata markah Ujian TOEIC hanya 650 point yang dicapai oleh 12,674 calon ujian ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ia jelas menunjukkan purata mata untuk pelajar UUM adalah lebih tinggi dan secara tidak langsung boleh membuka peluang lebih luas kepada peningkatan peluang pekerjaan dan kebolehan pasaran graduan UUM di Malaysia.

Media Baharu