84 pelajar SJKT di Melaka terima pakaian baharu sempena Deepavali

MELAKA, 11 Oktober- Seramai 84 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Melaka menerima sumbangan pakaian baharu sempena sambutan Deepavali.

RINGKASAN BERITA AI
  • 84 pelajar SJKT di Melaka menerima pakaian baharu sempena Deepavali untuk membawa kegembiraan dan keceriaan.
  • Inisiatif diketuai oleh Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk V.P. Shanmugam.
  • 21 SJKT terlibat, setiap sekolah mencadangkan empat pelajar dipilih oleh guru besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Pelajar menghargai sumbangan; mereka teruja dan gembira dapat pakaian baru serta merayakan Deepavali bersama rakan.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam berkata, inisiatif itu bertujuan memberi kegembiraan dan keceriaan kepada pelajar menjelang perayaan berkenaan.

“Kita mempunyai 21 buah SJKT di negeri Melaka, setiap sekolah menghantar empat pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah sendiri.

“Pemilihan pelajar (yang menerima sumbangan) sepenuhnya diuruskan oleh guru besar dan Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya ketika ditemui di Little India, di sini.

Bagi para pelajar pula, pemberian itu amat dihargai mereka.

“Saya berasa sangat gembira kerana Yang Berhormat (V P Shanmugam) memberi kami pakaian percuma,” kata T. Santosh, pelajar SJKT Pekan Tebong.

“Selamat Deepavali semua! Saya seronok dapat membeli-belah dengan kawan-kawan dan berasa sangat gembira,” tambah J. Shalani, pelajar sekolah sama.