8 warga asing ditahan tidak miliki dokumen perjalanan, permit kerja

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

KUCHING, 25 April – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan lapan warga asing dalam Op Selera di sekitar Jalan Satok, di sini pada awal pagi Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan untuk mengesan warga asing disyaki bekerja tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja sah.
  • Pemeriksaan di sebuah kedai makan mendapati individu gagal mengemukakan dokumen diperlukan; ditahan untuk tindakan lanjut.
  • Operasi melibatkan tiga premis dengan 24 pegawai, dan JIM akan mempergiat tindakan bagi memastikan pematuhan undang-undang.

JIM Sarawak menerusi kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dilaksanakan bagi mengesan warga asing yang disyaki bekerja tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja sah.

“Hasil pemeriksaan di sebuah premis kedai makan mendapati individu-individu terbabit gagal mengemukakan dokumen diperlukan, sebelum ditahan untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Operasi ke atas tiga premis di sekitar Jalan Satok itu disertai 24 pegawai imigresen.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiat operasi seumpama itu bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengekang kehadiran warga asing tanpa izin khususnya di Sarawak.