fb fb fb fb fb

8 sekolah di Perak sertai Program World Quran Hour

(FOTO RTM)

IPOH, 13 April-Seramai 250 orang peserta dari 8 buah sekolah telah terlibat dalam menjayakan program Al-Quran hour yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi,Belia dan Sukan Negeri, Khairuddin Abu Hanipah berkata, budaya membaca Al Quran merupakan amalan baik kerana intipati yang terdapat di dalam kitab suci itu mampu memberi manfaat kepada umat Islam.

"Kita ingin jadikan budaya membaca Al-Quran itu sebagai budaya kerana ia pelbagai intipati terkandung dalam kitab tersebut seperti ilmu pengetahuan untuk menjalani kehidupan", katanya yang ditemui selepas program di sini.

Sementara itu, rata-rata peserta yang ditemui melahirklan rasa teruja dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pelajar, Mohamad Saiful Amin berkata Program World Quran Hour memberi ilmu berkaitan Al-Quran buat dirinya.

"Saya sangat gembira sebab program seperti ini memberi peluang kepada kita bagi menambahkan ilmu tentang Al-Quran", katanya.

Manakala Muhammad Irfan Saifulbahari menganggap program tersebut merupakan pengalaman pertama buatnya dalam menyertai program berbentuk keagamaan.

"Ini adalah kali pertama saya menyertai World Quran Hour. Ia merupakan pengalaman terbaik buat saya", katanya yang ditemui selepas program disini.


(Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi,Belia dan Sukan Perak, 
Khairuddin Abu Hanipah)

Media Baharu