fb fb fb fb fb

WUC santuni asnaf menjelang Aidilfitri

KUANTAN, 13 April- 20 keluarga asnaf dan empat pusat tahfiz sekitar Kuantan menerima sumbangan berbentuk makanan keperluan seperti beras, minyak masak dan telur serta wang tunai melalui Program Jalinan Kasih Ramadan 2023.
 
Program yang dianjurkan WIDAD University College (WUC) itu bertujuan melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik malah dari segi jasmani, emosi dan rohani.
 
Menurut Naib Canselor WUC, Datuk Dr. Nasir Mat Dam, program yang disertai seramai 20 pelajar tersebut adalah bagi memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu.
 
"Kita juga berhasrat supaya pelajar-pelajar kita mendapat kefahaman. Selain daripada mereka belajar, mereka juga perlu menghayati kesusahan di luar sana supaya mereka keluar nanti mereka menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan prihatin tentang masyarakat," kata Dr. Nasir kepada pemberita, hari ini.


(Naib Canselor WUC, Datuk Dr. Nasir Mat Dam turun padang menyampaikan sendiri
bantuan kepada golongan asnaf)

Tambahnya, program seumpama itu merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat di samping menjalinkan kerjasama dengan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).
 
Selain barangan dapur, sumbangan wang tunai daripada pelajar dan kakitangan WUC turut diberikan bagi memberi keceriaan kepada keluarga asnaf dalam meraikan Aidilfitri.
 
Dalam pada itu, menurut Pengerusi Pertubuhan Mawaddah, Nor Aishah Nordin, pemilihan penerima yang layak adalah berdasarkan maklumat yang disimpan oleh pihak Pertubuhan Mawaddah yang diperolehi melalui penduduk setempat.
 
"Cara kami memilih setiap tahun, memang tiap-tiap bulan kami ada data atau penerima sumbangan bulanan. Jadi, daripada situ kami pilih untuk mereka menerima sumbangan hari raya ini agar mereka dapat meraikan hari raya seperti orang-orang lain," kata Nor Aishah kepada pemberita.

Media Baharu