fb fb fb fb fb

8,330 ahli KRT digerak ke kawasan terjejas banjir

KOTA TINGGI, 4 Januari - Seramai 8,330 ahli Komuniti Rukun Tetangga, KRT bersiap sedia untuk digerakkan ke kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Menteri Perpaduan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, mereka bersedia membantu dalam kerja-kerja pembersihan kediaman atau premis pasca banjir.

Katanya, ahli KRT juga akan membuka dapur komuniti bagi menyediakan makanan kepada penduduk terjejas.

"KRT ada 8,330 seluruh negara, macam di taman Nanding lebih 150 ahli KRT membantu badan-badan NGO lain, pelajar-pelajar Universiti dan lain-lain yang mahu melibatkan diri secara bersama untuk membantu membersihkan rumah mangsa," katanya selepas melawat penduduk terjejas di PPS Sekolah Kebangsaan Mawai, Kota Tinggi.


Di Johor, seramai 800 ahli bersedia digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas di Johor, bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

Media Baharu