fb fb fb fb fb

796 petugas kesihatan bersiap sedia hadapi banjir di Terengganu

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Kasemani Embong / Foto RTM

KUALA NERUS, 8 Oktober - Seramai 796 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda bulan hadapan.

Ini termasuk memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Kasemani Embong berkata daripada jumlah itu, seramai 380 petugas akan ditugaskan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit sebelum, semasa, dan selepas banjir.

"Selain itu, kita mempunyai 416 petugas yang akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, termasuk pasukan perubatan yang sedia memberi rawatan serta rujukan jika diperlukan," katanya ketika merasmikan Program Major Incidence Response Exercise (MIREX) Peringkat Kebangsaan 2024, di sini.

Kasemani turut memaklumkan, empat klinik kesihatan berisiko terputus hubungan akibat banjir.

Klinik tersebut adalah Klinik Kesihatan Tengkawan dan Klinik Kesihatan Felda Mengkawang di Hulu Terengganu, Klinik Kesihatan Seberang Tayor di Kemaman, dan Klinik Desa Kuala Jengai di Dungun.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN