fb fb fb fb fb

750 banduan Kelantan bekerja di bawah program CSI

Foto RTM

MACHANG, 14 Februari -Seramai 750 banduan di negeri ini sudah diambil bekerja secara berperingkat di bawah program 'Corporate Smart Internship (CSI) setakat ini.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata sebanyak 15 syarikat perladangan dan pertanian di Kelantan berjaya menjalinkan kerjasama strategik bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada calon-calon Orang Bebas Berlesen (OBB) untuk mengikuti program pemulihan di dalam komuniti.
 
"Apa yang penting, Jabatan Penjara akan memastikan penghuni-penghuni penjara perlu mengikuti program pemulihan dalam komuniti yang merupakan program integrasi mereka dalam masyarakat bagi mengatasi stigma kepenjaraan", kata Ibrisam kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kursus Pembukaan Panel Torehan dan Teknik Torehan kepada OBB di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di sini, hari ini.
 
Mengulas lanjut, Ibrisam berkata kesemua OBB yang terpilih ini akan berada dalam jagaan majikan masing-masing sebelum tamat tempoh hukuman dan dibebaskan untuk kembali kepada pangkuan keluarga.
 
 
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD