fb fb fb fb fb

70 sukarelawan terlibat Misi Prihatin Pasca Banjir di Baling

BALING, 22 Oktober - Misi Prihatin Pasca Banjir di Baling disertai 70 sukarelawan sebagai keprihatinan akan nasib keluarga yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda kawasan sekitar daerah itu..

Tumpuan utama misi kali ini ialah di Kampung Hangus, Kupang, antara lokasi yang teruk terjejas.

Bagi Penggerak Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia Negeri Perlis, Hashimah Ismail, sukarelawan yang turut serta dalam misi kali ini cukup terharu melihat kesan akibat banjir yang melanda sekitar kampung berkenaan.

Dalam misi itu, sukarelawan membersihkan beberapa kediaman penduduk terlibat dengan kerjasama lebih 100 penduduk kampung yang turut serta berganding bahu membantu keluarga terjejas.

"Semoga segala sumbangan bakti yang kepada penduduk terjejas banjir dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberikan semangat untuk menjalani kehidupan seharian walaupun kawasan kampung terlibat difahamkan sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat berterusan," kata Hashimah ketika mengetuai Misi Prihatian Pasca Banjir di Kampung Hangus, Kupang, di sini.

(Program dilaksanakan Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia dengan kerjasama
Persatuan Kebajikan Joggers Perlis, Kelab Komuniti Syukur Malaysia dan
sukarelawan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Wang Ulu)

Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia, sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam melaksanakan pelbagai misi bantuan serta membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

Selain pembersihan rumah penduduk terkesan akibat banjir, bantuan berupa barangan keperluan harian turut disampaikan kepada 30 keluarga terlibat bagi meringankan beban dan tanda keprihatian daripada sukarelawan.

Media Baharu