fb fb fb fb fb

HPU USIM dijangka siap dalam tempoh lima tahun

(FOTO RTM)

KOTA TINGGI, 22 Oktober - Hospital Pengajar Universiti (HPU) Sains Islam Malaysia (USIM),yang akan dibina di Tanjung Sedili, Kota Tinggi tahun hadapan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Kota Tinggi dipilih sebagai lokasi pembinaan HPU Usim itu selepas mengambil kira latar belakang komuniti di kawasan itu boleh melengkapkan peranan HPU yang bertujuan melakukan penyelidikan.

Tambah Khaled, kerja-kerja reka bentuk hospital bakal bermula tahun depan dan melibatkan dua fasa pembinaan.


"Kita pilih Kota Tinggi kerana sebagai HPU, kita perlu ada catchment area berbeza kerana HPU ini bertujuan untuk melakukan penyelidikan terhadap penyakit-penyakit di kawasan sekeliling, jadi jika ia dibina di Lembah Klang yang sudah mempunyai tiga HPU, kemungkinan besar pesakit yang dirawat sakitnya hampir sama.

"Tetapi, jika di sini (Kota Tinggi), kita akan tahu penyakit yang dihidapi oleh nelayan, orang Felda, orang kampung dan sebagainya, jadi penyelidikan boleh dibuat dan ia akan menambah pengetahuan HPU itu sendiri.

"Bukan satu yang memeranjatkan jika HPU tidak terletak di sebelah universiti itu sendiri kerana HPU yang ada sekarang juga tidak terletak di sebelah universiti masing-masing, memandangkan kita mengambil kira catchment area," katanya demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Libat Urus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bersama Media Zon Selatan di sini, pada Sabtu.

13 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pembinaan hospital pengajar USIM yang akan dibina di Kota Tinggi dengan kos RM938 juta.



(FOTO RTM)

Media Baharu