fb fb fb fb fb

70 peratus dos penggalak di Johor beri perlindungan kepada pengundi

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meninjau Pusat Penilaian COVID-19, Klinik Kesihatan Simpang Renggam / KKM)

SIMPANG RENGGAM, 27 Februari - 70 peratus pemberian dos penggalak telah dicapai di Johor. Nilai peratusan yang tinggi itu, diyakini mampu memberi perlindungan kepada pengundi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian menjelang Hari Pengundian, 12 Mac 2022.

"Ini memberikan perlindungan yang baik kepada pengundi-pengundi terutamanya warga emas, yang mempunyai komplikasi kesihatan supaya terlindung, terutamanya semasa kegiatan kempen yang sedang berlangsung".

"Walaupun kes meningkat tetapi kesannya tidak serius seperti beberapa bulan lalu", katanya ketika meninjau Pusat Penilaian COVID-19, Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Sementara itu, vaksinasi kepada kanak-kanak di Johor juga telah mencapai 25 peratus atau lebih 103,000 kanak-kanak.

Kadar tersebut melebihi peratusan di peringkat nasional iaitu sebanyak 23 peratus.

Media Baharu