fb fb fb fb fb

7 rumah di Jalan Wawasan, Puchong dikosongkan akibat tanah runtuh

Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor menyebabkan tujuh rumah teres terpaksa dikosongkan, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan kira-kira 7.26 malam tadi, melibatkan kawasan seluas 50 meter.

"Tanah runtuh berkenaan menyebabkan kerosakan sebuah kereta jenis Honda yang diletakkan di hadapan rumah, bagaimanapun tiada mangsa terlibat," katanya.

Sebagai langkah keselamatan Wan Md Razali berkata, JBPM Selangor telah mengarahkan penghuni tujuh rumah yang berhampiran kawasan tanah runtuh itu mengosongkan segera kediaman mereka kerana pergerakan tanah masih berlaku.

TETITIA YUSOFF