fb fb fb fb fb

66,164 penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Perak

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Penduduk terjejas banjir di seluruh negara kini mencecah 66,164 orang daripada 18,893 keluarga setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.

Angka itu mencatatkan penurunan berbanding seramai 68,361 orang daripada 19,878 keluarga, semalam.

Berdasarkan Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 378 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri.

Daripada jumlah itu, 29,956 orang daripada 9,136 keluarga di Kelantan kini ditempatkan di 117 PPS.

"Pasir Mas mencatatkan penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 13,899 orang, diikuti Pasir Puteh (5,887), Tumpat (4,624), Bachok (1,693), Kota Bharu (1,501), Kuala Krai (1,446), Tanah Merah (762), Machang (130) dan Jeli (14)," menurut kenyataan itu.

Sementara itu di Terengganu, sebanyak 257 PPS kini beroperasi untuk menempatkan 36,099 orang daripada 9,722 keluarga.

"Kemaman merekodkan 7,418 penduduk terjejas banjir, Besut (6,672), Hulu Terengganu (5,890), Dungun (5,740), Kuala Nerus (3,907), Kuala Terengganu (2,795), Setiu (2,375) dan Marang (1,302)," menurut kenyataan.

Dua PPS di Johor dibuka bagi menempatkan 48 orang daripada 15 keluarga dari daerah Segamat, manakala satu PPS masing-masing dibuka di Pahang dan Perak masih beroperasi dengan kurang 40 penduduk terjejas di setiap negeri.

"Kuantan, Pahang merekodkan 35 orang daripada lapan keluarga, manakala Bagan Datuk, Perak (26 orang, 12 keluarga)," menurut kenyataan.

(Foto fail)

Media Baharu