fb fb fb fb fb

62 Penerbangan pada harga tetap semasa Aidilfitri

SEPANG, 7 Mac- Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April nanti, AirAsia memperkenalkan sebanyak 62 penerbangan tambahan istimewa bagi 11 laluan dengan tambang rendah tetap.

Ia merupakan insiatif AirAsia menyokong seruan kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan semasa musim perayaan, meskipun terdapat kekangan operasi.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu penawaran yang melibatkan laluan antara Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak itu boleh ditempah bermula pukul 6 petang ini sehingga 30 April nanti.

"Sarawak ada empat lapangan terbang iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri manakala untuk Sabah ada tiga Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, dan jumlah kerusi tambahan ini 11,400 diantara seperti dinyatakan di antara KL ke Sarawak adalah RM199 sehala manakala untuk KL-Johor ke Sabah adalah RM249 sehala, tempoh travel adalah antara 19-21 april iaitu tiga hari sebelum raya dan 28-30 iaitu seminggu selepas raya, katanya dalam sidang media selepas merasmikan 'Pengumuman Penerbangan Istimewa AirAsia 'Balik Raya' di Sepang.

Pada masa sama, beliau berkata kementeriannya akan berusaha menangani sebarang isu yang berkaitan dengan industri penerbangan bagi memastikan lebih banyak pesawat dapat kembali beroperasi.

Media Baharu