KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Seramai 6,655 peserta daripada golongan miskin tegar, miskin dan B40 telah menyertai Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di seluruh negara sehingga Oktober ini.
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib secara keseluruhan, 40 peratus peserta IPR berjaya mencatatkan hasil jualan bulanan melebihi RM2,000.
''Secara umumnya 40% peserta IPR telah berjaya meraikan hasil jualan bulanan melebihi RM2000.
"Sebagai contoh di bawah IPR, Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) terdapat peserta yang telah berjaya memperolehi pendapatan bulanan sehingga RM5000.
"Di bawah IPR Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) pula peserta berupaya meraih purata hasil jualan bulanan antara RM2500 hingga RM15,000'', katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee yang bertanya berkenaan perkembangan terkini IPR di Dewan Rakyat.
Jelas beliau, kerajaan turut merancang untuk melaksanakan Laporan Penilaian Outcome IPR sehingga tahun ini bagi menilai keberkesanan program secara menyeluruh.
Katanya, penilaian tersebut tidak hanya tertumpu kepada aspek pendapatan, malah turut mengambil kira keupayaan perserta berdikari dan mengekalkan kejayaan selepas tamat program.
Tambah beliau, selain penigkatan pendapatan IPR juga memberi tumpuan krepada pembangunan modal insan peserta bagi memastikan kelangsungan perniagaan selepas tamat tempoh pemantauan.