KULAI, 7 September -Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 58,659 kandungan berunsurkan penipuan di media sosial, sejak Januari hingga 31 Ogos lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, dalam tempoh sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat aduan berhubung 397 hantaran manakala 65 aduan yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM).
"Pihaknya akan merujuk kepada KPDN dan KKM, berhubung sebarang hantaran yang dikhuatiri menjual produk palsu, di media sosial," katanya kepada pemberita ketika menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada Surau Nurul Haq, Kampung Sungai Sayong Satu, di sini, semalam.