fb fb fb fb fb

55 buah Bas Smart Selangor dilengkapi iklan panel jadi medium promosi Tahun Melawat Selangor

Bas Smart Selangor

SHAH ALAM, 11 Julai- Sebanyak 55 buah Bas Smart Selangor yang dilengkapi iklan panel dijadikan medium utama bagi mempromosi lokasi pelancongan menarik di negeri Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Menurut Exco Pelancongan negeri Selangor, Datuk Ng Suee Lim, kempen pengiklanan dengan peruntukan RM250,000 itu melibatkan promosi bagi sembilan daerah di negeri ini.

"Pagi ini kita lancarkan panel belakang Bas Smart Selangor iklannya untuk promosi Tahun Melawat Selangor 2025 di mana semua destinasi pelancongan yang ada di negeri ini akan dipaparkan melalui iklan di bas tersebut,"katanya.

Tambah Suee Lim, kempen ini turut melibatkan sokongan lima pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling, Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kajang.

Suee Lim berkata, selain bas, kerajaan negeri turut merancang berkolaborasi dengan syarikat penerbangan Air Asia bagi mempromosi pengiklanan tempat menarik di negeri ini melibatkan 15 kapal terbang dengan peruntukan RM2.6 juta pada bulan September depan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor yang dirasmikan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari di Shah Alam, hari ini.

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE