fb fb fb fb fb

500 pendakwah dipilih sertai Duat Al-Falah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Naim Mokhtar

PUTRAJAYA, 9 November- 500 orang pendakwah dipilih menyertai Duat Al-Falah yang bertujuan mengukuhkan keterampilan para pendakwah di seluruh negara.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Naim Mokhtar, sekretariat itu berperanan untuk mentarbiah masyarakat secara berfokus dan menyeluruh serta membetulkan salah faham berkaitan agama dalam masyarakat.

"Paling penting untuk memastikan sebarang tohmahan fitnah yang tidak benar, tidak berasas, isu takfiri, jadi ini adalah isu-isu ini yang sangat berbahaya, yang perlu dijawab secara tuntas oleh Duat Al-Falah ini.

"Duat Al-Falah memberi pencerahan kepada masyarakat tentang kedudukan yang sebenar dan mereka perlu pantas terutama dalam memerangi viral dan fitnah di media sosial," kata Naim kepada pemberita di sini.

Naim turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan pelbagai cubaan pihak tidak bertangggungjawab yang terus menerus menyalahgunakan isu-isu agama dan kaum bagi tujuan melemahkan keyakinan rakyat terhadap usaha murni kerajaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM