fb fb fb fb fb

50 MoU bagi perkasa TVET

ALOR GAJAH, 19 Julai - Kerajaan menyasarkan untuk menandatangani 50 perjanjian persefahaman (MoU) dengan pemain industri bagi segmen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara, menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, MoU berkenaan merupakan jalinan kerjasama antara kesemua institusi TVET yang berada bawah 12 kementerian ketika ini.

Langkah itu dalam usaha memberi pendedahan terkini dalam melahirkan pekerja berkemahiran.

Menerusi jalinan kerjasama itu, syarikat berkaitan akan memberi kepakaran dan pendedahan teknologi terbaharu kepada institusi TVET.

"Membuat kolaborasi kerjasama dengan pihak pihak industri, setakat ini kita sudah tandatangani 24 tandatangan bersama industri di negara ini. Setakat inilah dan sasaran kita 50 menjelang akhir tahun ini.

"Satu antaranya mereka akan bekerja di syarikah tersebut, yang kedua syarikat ini akan memberi kepakaran mereka khidmat kepakaran mereka untuk mengajar tenaga pengajar kita, itu yang pertama. Yang kedua pelajar kita diberi pendedahan dengan teknologi baru yang ada dengan industri ini," kata Mustapha, di sini

(Mustapha ditemui pemberita pada Program Jejak TVET MADANI Alumni
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil di Taman Lesung Batu Emas, di sini)

Syarikat juga akan menyediakan peralatan yang diperlukan ketika proses pembelajaran sekali gus memudahkan pelajar memahami teknologi diperkenalkan industri, serta berpeluang untuk berkhidmat dengan pemain industri yang menjalin kerjasama tersebut.

Media Baharu