fb fb fb fb fb

40,000 pengunjung hadir rumah terbuka Tok Mat

RANTAU, 30 April- Seramai 40,000 pengunjung hadir ke rumah terbuka Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Tanjung, di sini.

Menurut beliau, acara yang dianjurkan itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat sekali gus turut mengingatkan orang ramai supaya kekal mengamalkan pemakaian pelitup muka.

"Alhamdulillah ramai sangat orang, dari pukul 8.00 pagi orang sudah datang.

"Saya ucap banyak terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

"Agaknya sudah tiga tahun tidak buat disebabkan oleh pandemik COVID-19.

"Tahun ini walaupun kita telah jadi endemik, saya harap supaya kita masih terus berhati-hati, terutamanya di tempat yang ramai macam ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Rantau.

(Foto fail)

Tambah beliau, juadah yang dihidangkan tidak ditempah, namun dibantu oleh orang kampung yang bertungkus lumus melakukan persiapan.

Hidangan masakan seperti rendang, gulai perut, gulai tulang dan pajeri nanas menjadi kesukaan orang ramai.

Dalam pada itu, turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Media Baharu