fb fb fb fb fb

5,000 pelajar disasar sertai DEC4IR

JOHOR BAHRU, 25 Jun - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan penyertaan 5,000 pelajar sekolah dari seluruh negara bagi pertandingan Dron Edu Challenge 4IR (DEC4IR) tahun ini.

Pertandingan secara dalam talian itu bermula bulan ini hingga Oktober depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata menerusi pertandingan tersebut kerajaan mengalu-alukan penglibatan bakat-bakat baharu bagi menceburi bidang pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Pertandingan itu juga diharapkan dapat meningkatkan penyertaan hingga 60 peratus pelajar sekolah dalam bidang robotik dron.

(Adham Baba bercakap dalam sidang media selepas melancarkan
Pra Pelancaran Dron Edu Challenge 4 IR 2022 di Tapak Pengujian Dron,
DRZ Iskandar di Iskandar Puteri, di sini)

"Melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya STEM ini dapat kita tingkatkan, terutama penyertaan pelajar-pelajar dalam bidang sains, 60 peratus hingga 40 peratus," kata Adham Baba di sini.


Media Baharu