fb fb fb fb fb

47 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di dua PPS di Kemaman

KEMAMAN, 7 Februari - Banjir di daerah Kemaman, Terengganu tidak berubah dengan 47 penduduk terjejas daripada 14 keluarga di tempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, seramai 25 penduduk daripada lapan keluarga di tempatkan di PPS SK Lembah Jabor.

Manakala 22 penduduk daripada enam keluarga di Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih.

Kedua dua PPS ini dibuka sejak semalam setelah hujan berterusan di daerah Kemaman lebih 24 jam, namun sehingga petang ini keadaan cuaca semakin baik di beberapa kawasan.


(Banjir di daerah Kemaman, Terengganu tidak berubah dengan 47 penduduk terjejas daripada
14 keluarga masih di tempatkan di dua PPS)

Menurut info laman rasmi Public Infobanjir juga mendapati paras air sungai menunjukkan trend menurun.

Sungai Tebak di Jambatan Tebak Kemaman kini berada pada tahap waspada iaitu 18.30 meter melebihi paras normal 15.00 meter.

Manakala Sungai Dungun di Jambatan Jerangau juga berada pada tahap waspada dengan bacaan 11.85 meter melebihi paras normal 5.00 meter.

Media Baharu