fb fb fb fb fb

467 KRT di Kelantan siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

(FOTO FAIL)

KOTA BHARU, 27 September- Sebanyak 467 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri Kelantan telah bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri, Shahrani Yusoff berkata, skuad KRT akan diaktifkan bagi membantu agensi keselamatan sekiranya berlaku bencana banjir di kawasan mereka.

Ujarnya, skuad itu juga akan terus giat memantau keadaan semasa kawasan dilanda banjir di negeri ini bagi memastikan keselamatan penduduk terus terjamin.

"Jadi kita di peringkat KRT ini akan membantu agensi berkenaan seperti perkhidmatan akan membantu pemindahan mangsa- mangsa dan dari segi agihan makanan dan membantu di pusat-pusat pemindahan yang diwujudkan. Jadi inilah peranan KRT di samping menganjurkan program seperti ini kita juga sebagai badan yang membantu pihak agensi semasa musim tengkujuh dan ini memang kita laksanakan dari semasa ke semasa," katanya.


(Pengarah JPNIN negeri Kelantan, Shahrani Yusoff)

Beliau berkata kepada pemberita di Program Semarak Uniti KRT di Gua Musang.

Shahrani turut menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir sentiasa berwaspada dan menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah menjangkakan bahawa negara akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi pada pertengahan bulan November berbanding bulan-bulan lain yang mana boleh menyebabkan berlakunya banjir di banyak kawasan.

Media Baharu