fb fb fb fb fb

400 rakyat Perlis sertai Program Fit and Active Family

Pengerusi Program Fit and Active Family Rozieana Ahmad

ARAU, 29 Oktober - Kira-kira 400 orang menyertai Program Fit and Active Family, satu program membudayakan dan merakyatkan sukan serta aktiviti bersama-sama keluarga menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Pelaksanaan program itu menjadi platform penting mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping mengekalkan perpaduan di antara satu sama lain, khususnya melibatkan komuniti luar bandar

Menurut Pengerusi program Rozieana Ahmad menerusinya semangat bekerjasama, saling hormat menghormati antara golongan tua dan muda menjadi lebih erat dengan adanya gabungan
sukan dan aktiviti sampingan lain untuk kesihatan dan kesejahteraan fizikal, mental, emosi serta intelektual.

"Kerana sekarang ini ramai yang terlalu asyik dengan gajet, kurang komunikasi di rumah, jika itu berlaku boleh renggangkan hubungan kekeluargaan.

"Jadi mungkin program seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang oleh pihak-pihak lain, kita harapkan juga konsep-konsep seperti ini kita dapat memupuk kembali ikatan antara komuniti dan keluarga," kata Rozieana kepada media pada Program Fit & Active Family yang berlangsung di Kampung Alor Setar, Pauh.

Pelbagai aktiviti pengisian termasuklah Perkhemahan Keluarga, Program Jalan Kaki, senam robik, ceramah komuniti daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi serta pelbagai aktiviti sukaneka dan sukan rakyat yang diketengahkan.

TETITIA YUSOFF