fb fb fb fb fb

45,218 penduduk terjejas banjir di Johor

JOHOR, 10 Mac- Seramai 45,218 penduduk terjejas daripada 12,781 keluarga, ditempatkan di 174 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Batu Pahat kekal mencatatkan penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 38,134 orang, diikuti Muar (3,361) dan Tangkak (2,073).

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok, Parit Yaani menempatkan 1,133 penduduk terjejas, manakala SK Tenaga Setia, Sri Medan (923), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yong Peng (844).

Pada masa sama, aras air di sembilan sungai di Batu Pahat dan Muar,berada di paras bahaya.

(Foto fail)

Media Baharu