fb fb fb fb fb

437 saman dikenakan sepanjang Ops HRA di Kedah

ALOR SETAR, 12 Mei - Sebanyak 437 tindakan saman dikenakan kepada pengguna jalanraya sepanjang Ops Sempena Perayaan Hari raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ (JPJ) Kedah.

Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata saman yang dikeluarkan melibatkan 368 buah kenderaan termasuk 154 buah motosikal, 102 buah kenderaan persedirian, 12 buah bas, 59 kenderaan barangan dan sebuah teksi.

Saman tersebut dikenakan kerana pelbagai kesalahan. Lima kesalahan lalulintas utama yang dikenakan saman ialah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal patuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan memotong barisan.


(Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie)

"Ada kesalahan lain yang kita fokus juga iaitu muatan bahaya, membawa lebih muatan, tidak memakai tali pinggang keledar dan satu lagi memotong dua garisan, garisan berkembar, itu antara fokus kita", katanya pada media di sini.

Sepanjang Ops tersebut, 3 bas diambil tindakan melibatkan pemeriksaan teknikal termasuk lampu bas dan buku log.

Op HRA bermula 29 April dan berakhir 8 Mei lalu.

Menurutnya operasi yang dilakukan merupakan usaha JPJ dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.

Media Baharu