fb fb fb fb fb

Operasi mencari dan menyelamat kru kapal layar dikhuatiri lemas diteruskan

LANGKAWI, 12 Mei - Operasi mencari dan menyelamat seorang kru kapal layar, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim yang dikhuatiri lemas di Langkawi semalam masih lagi diteruskan.

Mangsa yang dikatakan terjatuh dari bot yang dinaikinya sendirian terbalik kira-kira pukul 5 petang di perairan Kuah Langkawi sebelum selipar dan topi dipercayai miliknya ditemui oleh pemancing berhampiran.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata operasi mencari dan menyelamat yang bermula petang semalam turut disertai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) , Angkatan Pertahanan Awam (APM) ,Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Marin dan ahli keluarga mangsa.

Terdahulu mangsa dikatakan terlewat hadir bertugas pada pukul 4.30 petang namun cuba mengejar kapal layar berkenaan dengan menggunakan bot kecil.

(Operasi mencari dan menyelamat turut disertai keluarga mangsa)

Mangsa kemudian dikatakan hilang pertimbangan di dalam bot berkenaan dan terjatuh sebelum hilang.

Operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan di sekitar Pulau Bunga dan Pulau Tuba.

Media Baharu