fb fb fb fb fb

42 peserta 'Miss and Mister Celebrity International' di Melaka

MELAKA, 28 April- Melaka menjadi destinasi pilihan bagi program 'Miss and Mister Celebrity International 2023' selepas Kuala Lumpur.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof berkata, kehadiran 42 peserta dari 30 negara itu memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri di peringkat antarabangsa.

"Meletakkan Melaka sebagai tempat untuk dipromosikan 'Miss and Mister Pageant Celebrity International 2023', jadi saya lihat salah satu langkah baik untuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Meet and Greet Miss and Mister Celebrity International 2023 di Pekarangan Pejabat Pelancongan Negeri, Jonker Walk.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin dan Exco Pelancongan, Seni Warisan dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof)

Tambah beliau, kesemua 42 peserta juga dijangka turut hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka yang akan berlangsung esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh.

Media Baharu