KUALA LUMPUR, 23 Mei-Kira-kira 40 individu ditahan disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian dan pengurup wang digital tidak sah menerusi beberapa serbuan di ibu negara dan Selangor, Jumaat lepas.
Suspek terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita tempatan, 15 lelaki dan enam warga China, serta seorang lelaki warga Singapura itu direman sehingga Khamis ini.
Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata beberapa barang kes antaranya telefon bimbit, wang tunai dolar Amerika dan pelbagai jenama set komputer turut dirampas.
Hasil siasatan mendapati sindiket menyediakan platform judi dalam talian yang menyasarkan warga Taiwan dan pelanggan yang berminat untuk bertaruh di platform itu.
Sindiket juga didapati menjalankan kegiatan pengurup wang digital tanpa lesen dengan melakukan penukaran wang yang diterima dari China kepada matawang Kripto dolar yang kemudiannya menghantar semula mata wang itu ke negara tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
(Antara barang rampasan dari judi antarabangsa haram oleh Bukit Aman/FOTO RTM)