fb fb fb fb fb

4,057 anggota dan pegawai polis ditugaskan hadapi banjir di Johor

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin)

MUAR, 13 November- Seramai 4,057 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, PDRM daripada 13 Daerah Kontinjen seluruh Johor ditugaskan bagi menghadapi situasi banjir sepanjang Monsun Timur Laut di negeri berkenaan.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kesiapsiagaan seliaan jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Bersepadu, JKPB itu diketuai PDRM dan Agensi berkaitan seperti RELA dan BOMBA.

"PDRM akan dibantu jabatan dan agensi di bawah KDN seperti RELA dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM dalam masa sama jika diperlukan kita akan dibantu oleh agensi seperti BOMBA jika berlakunya angin Monsun Timur Laut,"katanya.

Dalam pada itu, seramai 8,526 anggota ditugaskan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15.

Setakat ini, sebanyak 130 laporan berhubung kesalahan PRU-15 di Johor dilaporkan.


(Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (kanan)

hadir pada Sesi Taklimat Persediaan Banjir dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di
Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri hari ini / BERNAMA)

Media Baharu