fb fb fb fb fb

393 laporan diterima polis berkaitan PRU15

SHAH ALAM, 20 November- Polis Selangor menerima 393 laporan yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejak kempen pilihan raya itu bermula pada hari penamaan calon 5 Nov lepas, hingga semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata berdasarkan jumlah itu, pihaknya telah membuka 82 kertas siasatan dan menahan tujuh individu. 

Selain itu, beliau turut memaklumkan terdapat satu kes kematian mengejut melibatkan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berumur 45 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS, Jalan Raya Barat Klang, semalam.


(Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed/ Foto fail)

“Punca kematian adalah disebabkan positif COVID-19 dan semua anggota polis yang bertugas bersama petugas itu telah diarah menjalani kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk kepada perjalanan proses pengundian PRU15 semalam pula, Arjunaidi berkata secara keseluruhannya proses di seluruh Selangor berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu sensitif atau insiden yang tidak diingini. 

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakyat Selangor kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi secara matang, kerjasama yang diberi amat kami hargai” katanya.

Tambah beliau, petugas polis tetap diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya serta tidak menyebarkan berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan di kalangan masyarakat.

"Tindakan tegas akan diambil terhadapa mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi yang mnegancam ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.



 

Media Baharu