fb fb fb fb fb

Empat PPS dibuka di Kelantan

KOTA BHARU, 20 November- Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kelantan.

Menurut portal InfoBencanaJKM, seramai 287 penduduk daripada 86 keluarga terjejas banjir, dicatatkan setakat pukul 8.28 pagi tadi.

Daerah terlibat hanya di Pasir Mas, membabitkan PPS Putat Tujoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kubang Kual dan SK Gual Periok.


(Foto BERNAMA)

SK Tok Deh paling ramai menempatkan penduduk terjejas iaitu 110 orang, diikuti SK Kubang Kual (83), PPS Putat Tujoh (49) dan SK Gual Periok (45).

Sementara itu, masih terdapat PPS dibuka di beberapa negeri iaitu Johor (4), Melaka (1) Selangor (15) dan Perak (10).

Media Baharu