fb fb fb fb fb

38 kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza

Sebanyak 38 kapal dari pelbagai negara kini dalam perjalanan ke Gaza, menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selepas berlepas dari Teluk Itali semalam

KUALA LUMPUR, 20 September 2025 – Sebanyak 38 kapal dari pelbagai negara kini dalam perjalanan ke Gaza, menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selepas berlepas dari Teluk Itali semalam.

Kapal-kapal tersebut dijangka singgah di Greece terlebih dahulu untuk bergabung dengan kumpulan misi GSF di sana sebelum meneruskan pelayaran bersama ke Gaza.

Aktivis dan bekas wartawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad yang menyertai pelayaran itu berkongsi perkembangan semasa melalui hantaran TikTok awal pagi ini.

"17 kapal yang disertai 11 pelayar Malaysia dan seorang pelayar Brunei mewakili Sumud Nusantara kini menuju Gaza melalui Global Sumud Flotilla.

"Pelayaran dijangka 10 hari, termasuk singgah lima hari di Greece untuk bergabung dengan rakan misi, dengan matlamat 'memecah kepungan dan kesunyian' di Gaza tercapai," katanya.

GSF melibatkan lebih 1,000 sukarelawan menaiki hampir 70 kapal dari negara Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat sebagai lambang solidariti antarabangsa terhadap rakyat Gaza.

ROSLINA BINTI DIN