(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 11 Mei- 37 pempamer tempatan menyertai pameran perdagangan antarabangsa dwitahunan HOFEX yang berlangsung di Hong Kong.
Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), bilangan penyertaan tersebut mencerminkan minat yang kuat terhadap jenama dan produk tempatan.
"Antara produk yang diketengahkan di Pavilion Malaysia produk makanan kesihatan, produk berasaskan durian serta sarang burung.
"HOFEX berpotensi menjadi pintu masuk kepada pasaran Hong Kong dan sekitarnya. Hong Kong juga merupakan hab perdagangan utama untuk mengeksport semula barangan ke China, Macau dan pasaran lain di rantau Asia,"menurut kenyataan itu.
Setakat ini, 95% daripada produk makanan dan minuman di pasaran Hong Kong diimport.
Berlangsung selama dua hari bermula hari ini, HOFEX turut disertai 1,200 jenama antarabangsa dan lebih 25,000 pembeli.
(FOTO hofex.com)