fb fb fb fb fb

33,300 asnaf terima RM500 seorang sempena Aidiladha

Foto fail

PUTRAJAYA, 4 Jun - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM16.65 juta kepada 33,300 asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Sabtu ini.

Menerusi satu kenyataan MAIWP berkata, penerima tersebut terdiri daripada kategori fakir, miskin, muallaf dan ar-riqab, akan menerima Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 seorang.

Bantuan itu akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya Jumaat ini (6 Jun).

"Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui PPZ MAIWP akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. MAIWP sentiasa berusaha dari masa ke semasa melihat keperluan asnaf selaras dengan hala tuju MAIWP menjadi peneraju kesejahteraan ummah secara holistik melalui pendekatan lestari," katanya menerusi kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF