fb fb fb fb fb

32 institusi TVET diperkasa, lahir lebih ramai tenaga mahir

(FOTO HIASAN)

MELAKA, 27 Jun - Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memperkasa 32 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bawah seliannya termasuk Institut Latihan Perindustrian (ILP) dengan memastikan ia dapat diguna pakai sepenuhnya dalam melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata tiada keperluan untuk menambah institusi pengajian bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTK) pada ketika ini kerana jumlah sedia ada dilihat mampu menampung permintaan.

(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim)

"Buat masa ini juga kita akan penuhkan semua institusi yang ada dan jika ditambah, tetapi tidak digunakan, ia akan membazir kerana selain Kementerian Sumber Manusia terdapat institusi TVET di 11 kementerian lain," katanya ketika ditemui pemberita di Selandar, di sini.

Sebelum itu, beliau hadir pada Majlis Konvokesyen ILP Selandar yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Tambahnya, kementerian kini giat melakukan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan semula subjek perindustrian dalam kalangan belia.

Media Baharu