fb fb fb fb fb

319 kanak-kanak diraikan dalam Majlis Apresiasi Tabika KEMAS Parlimen Kangar

Kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Kangar diraikan dalam Majlis Apresiasi Tabika KEMAS sesi 2023/2024 di Dewan Warisan, Kangar

KANGAR, 7 Februari- Seramai 319 kanak-kanak Tabika KEMAS bagi Parlimen Kangar membabitkan 46 buah Tabika diraikan dalam Majlis Apresiasi Tabika KEMAS sesi 2023/2024 di Dewan Warisan, Kangar.

Ia melibatkan 9 buah Tabika DUN Bintong, 7 buah Tadika DUN Sena, 6 buah Tadika DUN Indera Kayangan, 9 bagi DUN Kuala Perlis dan 15 lagi bagi DUN Kayang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Majlis Apresiasi Tabika KEMAS diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada kanak-kanak yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti ko-kurikulum.

"Kesemua kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di Tabika KEMAS adalah aset negara yang paling bernilai kerana mereka bakal menjadi pewaris yang boleh memacu negara ke tahap yang lebih baik bermula dari langkah pertama iaitu di Tabika", katanya pada Majlis Perasmian Apresiasi Tabika KEMAS Parlimen Kangar bagi sesi 2023/2024.

“Teruskanlah kecemerlangan dari awal kehidupan sehinggalah ke akhir hayat kerana hakikatnya kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut kita supaya sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan", katanya.

Beliau turut menyarankan ibu bapa agar menggunakan peluang pendidikan di Tabika yang disediakan oleh pihak KEMAS ini sepenuhnya bagi memastikan anak-anak dapat mengharungi suasana persekolahan sebenar sebagai persediaan awal untuk ke sekolah rendah.

ROSLINA BINTI DIN