fb fb fb fb fb

30 pemandu kenderaan warga Thailand dikompaun serta merta

(FOTO FB JPJ NEGERI PERLIS)

PADANG BESAR, 8 Disember - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis mengkompaun serta merta 38 orang pemandu kenderaan warga Thailand yang melakukan kesalahan lalu lintas di sekitar Padang Besar, petang semalam.

Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan ialah sebanyak RM3,410.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, pemandu warga Thailand ditahan menerusi Operasi Khas Rentas Negeri Zon Utara yang dijalankan oleh pihaknya secara bersepadu bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta JPJ Negeri Kedah dan Pulau Pinang.

(JPJ Negeri Perlis mengkompaun serta merta 38 orang pemandu kenderaan warga Thailand yang
melakukan kesalahan lalu lintas/ Foto FB JPJ Negeri Perlis)

Kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu asing ini ialah gagal mempamerkan nombor pendaftaran romanais, tiada lesen memandu, tiada permit peredaran antarabangsa (ICP), tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.

Operasi Khas Rentas Negeri Zon Utara ini merupakan kesinambungan OPS Tutup Zon Utara yang diadakan di Pulau Pinang pada bulan September lalu.

Media Baharu