fb fb fb fb fb

30 individu yang terperangkap dalam Gua Tempurung berjaya diselamatkan

GOPENG, 26 Oktober- Sekurang kurangnya 30 individu terperangkap dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah di Gopeng selepas laluan keluar gua itu dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Kesemua yang terperangkap itu merupakan kru penggambaran sebuah produksi filem terdiri daripada warga tempatan dan warga Singapura.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan memaklumkan mereka yang terperangkap telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan tersebut. 

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat yang berterusan sejak pukul 4.00 petang.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat", katanya.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.


(Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri)

Media Baharu