fb fb fb fb fb

Harga getah menurun, kerajaan bantu pekebun kecil getah mendepani cabaran

(Pelbagai insentif dan inisiatif disediakan kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah mendepani cabaran
dalam sektor berkenaan)

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Pekebun kecil getah tidak perlu beralih mengusahakan tanaman lain meski pun harga getah menurun.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelbagai insentif dan inisiatif disediakan kerajaan bagi membantu mereka mendepani cabaran dalam sektor berkenaan.

"Macam mana kita lihat kawasan getah yang ada hujan, tak boleh toreh dan harga getah rendah, beri ihsan kepada masyarakat, PM beri dalam bajet adalah bantuan musim tengkujuh ditingkatkan kepada empat bulan, itu salah satu cara bantulah," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pemaju RISDA, di sini hari ini.


(Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid bercakap pada sidang media 
selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pemaju RISDA, di ibu negara) 

Ketika ini harga lantai getah sekerap mencatatkan RM2.50 sekilogram.

Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan yang dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, selain kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi global.

Media Baharu