fb fb fb fb fb

3 sungai di Kelantan lepasi paras bahaya setakat 2 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Disember - Tiga sungai yang meliputi tiga jajahan di Kelantan melepasi paras bahaya setakat pukul 2.00 pagi tadi berikutan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Menurut laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, di Kuala Krai, Sungai Kelantan merekodkan bacaan 26.66 meter (m) melebihi paras bahaya 25m.

Di Tanah Merah, Sungai Kelantan di Kusial merekodkan bacaan 17.08m melebihi paras bahaya 16m.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas yang merekodkan bacaan 10.68m melebihi paras bahaya 9m.

Selain itu, tiga sungai di Kelantan merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

Manakala tiga lagi sungai merekodkan bacaan waspada.

Artikel Berkaitan:
Tiga kematian akibat banjir di Kelantan
Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya setakat 8 pagi
Tiga sungai di Kelantan lepasi paras bahaya setakat 9 pagi

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM