fb fb fb fb fb

3 beradik mati lemas di Pantai Cahaya

PORT DICKSON, 24 April- Tiga beradik ditemukan lemas selepas mandi bersama keluarganya di Pantai Cahaya, di sini, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Penolong Penguasa Bomba, Azizee Alias berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan wanita dikenali sebagai R. Kalavani, 30, Dawige, 29 dan Sathiyadevi, 19.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.57 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang dikejarkan ke lokasi," katanya.

Menurutnya, kejadian melibatkan sebuah keluarga yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, empat daripadanya merupakan adik-beradik.

Tambah beliau, adik lelaki mangsa, Veeran, 26, dan saudara lelakinya, J. Sathiswaran, 29, diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.

(Foto hiasan)

Ujarnya, kedua-dua mangsa lelaki berada dalam keadaan selamat manakala tiga wanita berkenaan disahkan meninggalkan dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau, ketiga-tiga mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari pantai dan kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Media Baharu