AYER KEROH, 26 September- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan kira-kira 3,000 pertubuhan berdaftar melalui proses pemutihan dijalankan jabatan itu sejak dua tahun lalu.
Ketua Pengarah JPPM Mohd Nawardi Saad berkata, kebanyakan pertubuhan yang dibatalkan kerana tidak aktif dan terdapat isu-isu pertikaian dalaman yang melanggar undang-undang JPPM.
Pihaknya sentiasa memantau pertubuhan yang berdaftar dan juga yang tidak berdaftar dengan JPPM selain memastikan kelestarian pertubuhan adalah terjamin dan terus dipertingkatkan.
"Dalam Akta Pertubuhan 1966 antara kesalahan- kesalahan yang dilakukan oleh persatuan adalah menyalahi undang-undang. Kita melihat aktiviti yang bercanggah dengan perlembangaan dan boleh menjejaskan ketenteraman serta keselamatan awam.
"Kita akan bekerjasama dengan pihak polis dan tindakan akan diambil, kita hanya berkongsi maklumat," kepada pemberita selepas Perasmian Penutup Program Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan , Perkongsian Pintar dan Penyampaian Mock Cheque Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) di sini.
Setakat ini lebih 180,000 persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik dan cawangannya didaftarkan di seluruh negara.
Sementara itu , JPPM telah meluluskan sebanyak lebih 800 persatuan dan mengagihkan peruntukkan sebanyak lebih RM8 juta Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK).
(Mohd Nawardi Saad)