PASIR PUTEH, 21 November - Seramai 29 penduduk terjejas banjir membabitkan tujuh keluarga di Kampung Tok Kundur, di sini di pindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, hari ini.
Seorang mangsa, Rohani Sakri 40-tahun berkata, dia tiba di PPS tersebut selepas diselamatkan oleh pasukan penyelamat pada 11 pagi tadi selepas rumahnya di naiki air sedalam 0.3 meter.
"Rumah saya mula dinaiki air pada 8 pagi tadi sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat daerah Pasir Puteh untuk berpindah ke PPS.
"Urusan pemindahan dilakukan dengan agak cepat kerana segala persiapan sudah dibuat beberapa hari sebelum banjir melanda," katanya kepada RTM.
Menurutnya, setiap kali banjir dia bersama suami serta dua anaknya akan berpindah lebih dan sudah biasa tinggal di PPS sejak beberapa tahun lalu.
Sebanyak dua PPS di Pasir Puteh dibuka hari ini yang menempatkan 47 penduduk terjejas banjir.
PPS itu adalah SK Wakaf Raja yang menempatkan 29 orang dan SK Dalam Rhu seramai 18 orang.